Sabtu, 1 Mac 2014

Assalamualaikum wbt....

   Syukur Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat untuk menghasilkan blog sendiri.. Blog yang tidak seberapa namun indah di pandangan hati itu la orang kata simple but perfect.. :)
Tidak banyak cerita yang hendak di kongsikan hanya sekadar coretan hati yang mungkin pernah berlaku dalam kehidupan sehari hari... Realiti dunia ni adalah sebuah pementasan dan kita adalah watak utamanya.. Siapapun diri kita dan di mana pun kita berada pasti akan melalui kehidupan yang sama bezanya adalah cabaran yang di hadapi... 

   ketika itu, sedikit pun tidak terlintas di benakku yang daripada sebuah perjalanan, dalam sebuah malam yang remang, ternyata banyak ruang yang dapat memberi setitik cahaya  kepada ku...Aku cuba mengamati makna yang tersirat mahupun yang tersurat daripada cahaya itu, entah pemahaman, ilham ataupun apa? yang pasti tanpa sedar muncul la setitik idea.. Idea menghasilkan blog sendiri menceritakan kehidupan sendiri ataupun kehidupan di kota ini.. Dalam fikiran dunia terasa terbalik  kerana diri bukan seorang pujangga mahupun penglipur lara.. Bukan sebuah "kegilaan" yang terbentuk tetapi hanya terumbang ambing, binggung, di antara sisi gelap gelap  dan terang masih ada ada sisi biru.... Bermula dari  kata itu Aku cuba menjelajahi imaginasi yang terasa gersang dalam benak fikiran.. Cuba jadi pencipta kecil  dalam berkarya di blog ku ni....  Sempat menjadi pergolakan dalam diri antara pengungapan realiti dan pencubaan munafik terhadap kebenaran, adakah idea ku ini di tulis  secara jujur ataupun dalam bentuk simbol sahaja? ah diri terlalu banyak berimaginasi  dan Aku menganggap tidak selamanya hidup ni hitam sepanjang masa pasti akan cerah dan berwarna warni di akhirannya...

Aku yang tak sempurna

Tiada ulasan: